Friday, April 7, 2023

Kulit Kusam lepas Melahirkan Anak? Apa Yang Perlu Dilakukan?

Setiap wanita mendambakan kulit wajah yang cantik berseri dan badan yang ramping.
Apatah lagi bagi ibu-ibu yang ada anak lebih dari seorang.
Proses mengandung, melahirkan dan menyusukan anak saja sudah cukup memenatkan dan mengorbankan kecantikan luaran ibu-ibu.


Apa masalah kulit ibu-ibu selepas bersalin?

1. Kulit kering
Selepas bersalin, perubahan hormon berlaku menyebabkan kulit ibu-ibu menjadi kering dan kusam. Tambahan pula bagi yang menyusu secara eksklusif, keperluan air setiap hari meningkat. Jadi, kurang pengambilan air boleh jadi punca kulit kering.

2. Jerawat
Begitu juga jerawat, yang sering terjadi kerana perubahan hormon. Ia juga boleh disebabkan oleh keradangan kelenjar minyak di muka. Keadaan ini mungkin hanya sementara, tetapi mungkin juga boleh berlarutan selama beberapa bulan.

3. Ekzema
Keadaan ini biasanya dialamai oleh ibu-ibu yang sedia ada masalah kulit sensitif. Penderita ekzema boleh mengalami serangan ekzema teruk selepas bersalin. Sebab itu, penggunaan pelembap kulit jangan diambil remeh!

4. Stretch mark atau tanda regangan pada kulit perut
90% dari ibu-ibu hamil akan mengalami perubahan kulit ini. Kebiasaannya bermula dengan garisan yang agak kemerah-merahan, akhirnya akan berubah berwarna putih.


Apa yang diperlukan untuk kulit sihat dan cantik?

Walaupun banyak masalah kulit yang boleh terjadi selepas ibu-ibu semua bersalin, insyaAllah ada caranya untuk kita dapatkan kembali wajah yang muda remaja seperti dulu. 
Selain penjagaan luaran seperti pencuci muka, krim pelembap dan serum, ibu-ibu juga perlu beri perhatian lebih kepada penjagaan dalaman. 
Macam mana tu? Iaitu dengan mencukupkan nutrisi harian kita.

Protein

Kulit adalah organ terbesar kita. Dan setiap sel dalam badan kita dibina oleh gabungan protein yang lengkap. Jadi, benda paling asas untuk kulit sihat dan cantik adalah mengukuhkan 'tiang asas' sistem kulit kita. Pengambilan protein yang cukup dan dari
sumber organik dan berkualiti sangan penting.


Vitamin B

Ramai yang memandang vitamin B sebelah mata, kerana kurang popular kan? 
Tetapi, ibu-ibu kena tahu, vitamin B sangat penting!
Antara vitamin B yang membantu kulit sihat adalah B3 (niacin) dan B5 (panthotenic acid).
Niacin atau niacinamide membantu kulit kita lebih kuat dan mengurangkan kekeringan kulit.
B5 pula membantu kulit kita jadi lebih lembut dan licin. Flawless gitu!


Vitamin C




Haa, yang ni mesti ramai yang tahu kan? Vitamin yang paling popular jika dikaitkan dengan kecantikan.
Masakan tidak, kandungan antioksidan dalam vitamin C tidak boleh dipertikaikan lagi.
Selain fungsi antioksida, vitamin C juga bantu dalam penghasilan kolagen, yang sangat penting untuk pembentukan sel kulit yang kuat!


Vitamin D

Dikenali sebagai vitamin matahari, vitamin D membantu penghasilan kulit baru dan penukaran sel-sel kulit lama.
Ia juga membantu dalam mengurangkan keradangan pada kulit. Sangat penting bagi penderita ekzema.


Vitamin E

Jarang disebut juga, tetapi vitamin E adalah vitamin yang sangat kaya dengan antioksidan. Apa fungsi antioksidan ini sebenarnya?
Antioksidan menghalang radikal bebas dari merosakkan sel-sel kita, terutama sel kulit kita.
Dari mana radikal bebas ini datang? Nantilah saya cerita dalam posting seterusnya.


Omega 3

Ada yang panggil vitamin F, omega 3 terkenal dengan fungsi antiradang. Oleh itu, sangat penting untuk ibu-ibu yang mengalami serangan jerawat atau ekzema yang teruk.


Vitamin K

Okay, ini yang terakhir. Vitamin K biasanya terdapat dalam sayur-sayuran berwarna hijau seperti sawi, bayam dan kailan.
Vitamin K membantu untuk menghilangkan parut jerawat dan tompok-tompok gelap di kulit wajah kita.



Elakkan perkara-perkara yang merosakkan kulit

Kalau ibu-ibu dah mula menitik beratkan pengambilan nutrisi kulit, pastikan ibu-ibu semua elakkan atau kurangkan perkara-perkara yang merosakkan kulit.

Antaranya, makanan tinggi gula/karbohidrat dan makanan berproses tinggi. Ini akan meningkatkan keradangan di dalam badan kita.

Makanan tinggi karbohidrat/gula

Selain itu, penggunaan bahan pencuci muka yang tinggi bahan kimia berbahaya juga harus dielakkan. Jangan sampai kulit dah rosak teruk, baru nak mencari solusi. 
Carilah set pencuci muka yang bebas bahan kimia bahaya seperti Youth.

Akhir sekali, latih diri menguruskan stress. Stress yang tak terkawal akan meningkatkan hormon kortisol yang akhirnya meinigkatkan keradangan dalam badan.


Semoga segala perkongsian membantu ibu-ibu lebih yakin berdiri di samping suami tersayang dan anak-anak tercinta.


Oh ya, sebelum itu, Shaklee ada sediakan set vitamin Rahmah, yang boleh bantu ibu-ibu dapatkan kulit sihat dan cantik. Set vitamin kulit ini ada ESP dan Vitamin C tau.
Harga vitamin kulit ni sangat-sangat lah mampu milik! Rugi kalau tak dapatkan sekarang.



Harga sangat Rahmah sekarang!


Manfaat ESP selain untuk kulit cantik


Ibu-ibu boleh dapatkan set ini sendiri dari website Shaklee dengan menekan butang ini.
Atau, kalau ibu-ibu perlukan konsultasi percuma dari saya, bolehlah klik link whatsapp saya.


Salam 16 Ramadhan 1444H !


SueKhalid
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
Konsultan Kesihatan Anda

No comments:

Post a Comment

Raya 2023 Ramai Batuk Selsema?

Assalamualaikum semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri! Pejam celik pejam celik, dah masuk Syawal ke-10 dah hari ni.  Macam mana sambutan raya ...