Friday, April 14, 2023

Cara Pilih Pendapatan Sampingan

Baru beberapa hari lepas, saya nampak ada yang berkongsi soalan di FB.
"Apa kerja pertama korang lepas SPM?"
Dulu saya pernah jadi kashier kedai runcit, jadi pembantu klinik dan pernah tolong ayah jual nasi lemak di tepi jalan.

Lepas tu, mula sambung belajar di universiti sampailah dapat masuk kerja kerajaan.
Tapi tak lama, sebab diri ni sejenis tak suka mengikut peraturan, 
Nak bebas je, ikut masa sendiri. 

Lepas 4 tahun bekerja, saya mula berjinak dengan bisnes online.
Akhirnya, saya letak jawatan sebagai penjawat awam dan mula bekerja freelance dan teruskan bisnes online. 

Apa bisnes online yang saya berjinak tu? Betul ke boleh jana pendapatan sampingan?
Yes, bisnes Shaklee. Bisnes online yang boleh dibuat oleh semua jenis lapisan masyarakat berumur 18tahun.

Ini bisnes online pertama saya, dan saya masih kekal dalam bisnes ini sejak tahun 2020.
Ada sebab kenapa saya masih setia. Jom baca macam mana nak pilih bisnes online dengan betul.

1. Zero modal

Waktu saya mula join bisnes Shaklee, yuran pendaftaran RM 60 tau. Tapi sekarang lebih mudah sebab yuran hanyalah serendah RM35 sahaja.  Tak perlu keluar modal besar untuk buat belian minima macam agen bisnes lain.
Selepas mendaftar, kita boleh terus mulakan bisnes. Tambahan pula, pendaftaran lebih mudah sekarang, hanya dengan masukkan email dan password, ID ada telah tersedia. 




2. Tak perlu simpan stok

Shaklee punyai website sendiri yang sangat lengkap.  Kalau ada pelanggan yang berminat untuk buat pembelian, log in sahaja ke website. Kemudian, boleh add to cart, buat pembayaran menggunakan credit card ataupun online banking. Urusan pos semuanya akan diuruskan oleh warehouse! Tak adalah rugi bila beli banyak-banyak stok produk yang akhirnya tersimpan bawah katil dan tak laku.




3. Bonus dan untung runcit yang berbaloi

Setiap item yang dijual kepada pelanggan boleh bagi kita untung runcit sehingga 25%. Tambah pula, kalau kita dapat cecah jualan tertentu, pihak Shaklee akan berikan kita bonus yang lumayan!
Bukan setakat itu, peluang untuk dapat car bonus pun ada! Ia dalam bentuk cash tau, bukan kereta yang Shaklee pilih yang anda tak berkenan pun.
Silap haribulan, kalau anda sejenis yang sangat komited, percutian percuma bertaraf 5 bintang pun mungkin dapat anda raih.




4. Fleksibel

Bisnes ni boleh buat kat mana-mana pun. Yang penting ada handphone dan internet. 
Tak risau kena tutup kedai kalau balik kampung atau pergi bercuti. 
Layan pelanggan melalui whatsapp atau telegram, kemudian submit order terus di website. 
Tak perlu punch in masuk pejabat, tak perlu ke branch semata-mata untuk membuat pembelian.
Sambil jaga anak, bisnes online anda tetap berjalan. Sangat fleksibel. Anytime anywhere gituh!


Credit to Varstreet blog



5. Adil dan tak menindas

Bisnes Shaklee ni, bisnes MLM. Tapi, sistem Shaklee tidak menindas mana-mana pihak. 
Harga produk tidak ada beza antara leader atau ahli biasa. Bukan seperti sistem agen yang berbeza harga mengikut kuantiti belian yang dibuat. Dan yang paling penting, setiap jualan yang kita buat, kita sendiri akan dapat bonus dan untung, bukan hanya bila ada ahli yang mendaftar di bawah kita yang buat belian. Leader pun tak boleh goyang kaki dan harap jualan downline sahaja. Sebab kalau leader tak ada sale, maka, leader tersebut TIDAK AKAN DAPAT APA-APA BONUS.

6. Ada kajian saintifik dan syarikat yang kukuh

Shaklee diasaskan oleh doktor perubatan yang mencipta multivitamin yang pertama di dunia, iaitu Dr Forrest C. Shaklee. Vitamin tersebut yang sekarang dikenali sebagai Vitalea dah wujud lebih 100 tahun!
Di sebalik tabir pembuatan produk-produk Shaklee ini, ada barisan saintis yang mengkaji keberkesanan dan keselamatan produk. Antaranya Dr Elizabeth Blackburn, pemenang Nobel Prize dalam bidang perubatan, telah membuat Kajian Telemore, di mana pengguna makanan tambahan Shaklee boleh hidup muda lebih lama. Boleh baca journal penuh di sini.
Dan, Shaklee dah bertapak di Malaysia lebih dari 25 tahun tau.




7. Team yang aktif

Terakhir dan paling penting sekali, antara sebab saya masih kekal dalam bisnes ini adalah kerana saya berada dalam team yang sangat aktif! Kami saling membantu dalam semangat bisnes, ilmu bisnes dan kehidupan sehari-hari. 
Team kami juga adakan kelas secara berkala, termasuklah kelas marketing, kelas produk, kelas menulis dan kelas-kelas berkaitan pembangunan diri dan keluarga!
Jadi, tersangatlah penting dalam memilih team bisnes anda. Team bisnes ini antara pengaruh besar dalam perjalanan bisnes online kita. 





Jadi, kalau anda berminat nak mulakan bisnes online untuk tambah pendapatan, pilihlah team kami yang comel ni!
Nak tahu lebih lanjut, jangan segan-segan untuk hubungi saya melalui Whatsapp ya. 


Sekian perkongsian hari ini.
Senyum selalu!

Sue Khalid
Konsultan Shaklee Anda

1 comment:

Raya 2023 Ramai Batuk Selsema?

Assalamualaikum semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri! Pejam celik pejam celik, dah masuk Syawal ke-10 dah hari ni.  Macam mana sambutan raya ...