Saturday, April 15, 2023

Tips Kurus dengan Mudah

 "Dah berapa bulan tu?, " tanya rakan sekerja.
Aduh, soalan ini lagi!
Lepas bersalinkan anak ketiga, 'spare tyre' kat perut memang tak dapat nak disorok lagi. 
Bayangkan dari berat 60kg, boleh cecah 75kg sebelum hamil anak ketiga. 
Lepas bersalin, berat stuck atas 70kg tak turun-turun. 
Walaupun dah mula senaman hampir setiap hari, berat badan masih degil.
Bentuk badan pun dah tak macam dulu. Malu rasanya kat suami.
Cepat mengah dan penat, selalu mengantuk, asyik lapar dan nak makan yang manis-manis saja. 
Badan dah mula tunjuk tanda rintangan insulin.




Rintangan insulin atau insulin resistance ini antara sebab utama kenapa kita susah turun berat badan. 
Puncanya adalah apabila badan kita sentiasa mengambil kadar gula yang lebih dari keperluan setiap hari. 
Akhirnya, insulin kurang sensitif dan gula terlebih akan ditukar kepada lemak. Haa, yang tu lah membentuk spare tyre tu!



Tapi jangan risau. Setiap masalah itu pasti ada solusinya.
Mari saya kongsikan tips berkesan untuk atasi masalah rintangan insulin ini, dan akhirnya akan bantu kita semua dapat berat yang ideal. 

1. Puasa berkala




Puasa berkala atau intermittent fasting (IF) adalah gaya hidup yang telah mula diamalkan ramai orang.
Caranya adalah tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya selama 12jam.
IF ni ada berbagai jenis, insyaAllah saya akan bahas dalam topik seterusnya.
Puasa membantu sistem penghadaman kita rehat lebih lama dari biasa dan dapat berfungsi dengan lebih baik. Penghadaman dan penyerapan zat akan lebih efisien.
Selain itu, gula dalam darah akan digunakan dengan baik, seterusnya mengelakkan gula yang tinggi yang akan bertukar ke lemak nanti. Maksudnya, tiada lemak berlebihan akan terhasil.

2. Kurangkan atau hentikan pengambilan gula




Seperti yang saya sebutkan di atas, gula berlebihan akan menyebabkan lebih banyak pembentukan lemak baru di badan. Harus diingatkan, bahawa bukan sekadar gula putih, tetapi apa-apa jenis gula walaupun gula perang atau gula kabung, semuanya masih gula. 
Jangan lupa juga, karbohidrat juga akan menjadi "gula" dalam darah lepas diproses. Jadi, kurangkan juga pengambilan nasi/mee/bihun/roti dan sumber karbohidrat lain.

3. Lebihkan pengambilan lemak sihat






Lemak sihat seperti santan, daging dan minyak kelapa boleh diamalkan dalam diet seharian. Lemak adalah sumber tenaga kedua selepas karbohidrat. Tetapi, lemak tidak akan meningkatkan hormon insulin, jadi, kita boleh elakkan insulin resistance. Lemak juga akan membantu kita rasa kenyang lebih lama, jadi, kuranglah rasa nak mengunyah antara waktu makan.

4. Cukup pengambilan air.

Ramai yang beranggapan kalau nak kurus, minumlah air banyak-banyak. Sebenarnya, tak perlu pun sampai 3-4 liter sehari. Guna kiraan mudah, iaitu berat badan didarab dengan 25ml. Jadi, bagi yang berat badan 60kg, keperluan air adalah sebanyak 1.5liter sehari.
Air yang cukup membantu proses penghadaman dan proses pembuangan najis/toksin dalam badan. 
Pastikan pengambilan air cukup dan tak berlebihan ya.

5. Tidur yang cukup



Tidur juga memainkan peranan penting. Tidur yang cukup akan bantu otak kita buat keputusan yang lebih baik, jadi, kita mampu pilih makanan yang lebih sihat untuk kita makan setiap hari. 
Kurang tidur boleh menyebabkan penurunan metabolisma, dan menyebabkan kita malas beraktiviti fizikal seperti bersenam. 

6. Aktifkan diri anda




Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dapat bantu kita tingkatkan metabolisma badan. Jadi, lebih banyak lemak akan dibakar, dan akhirnya bantu proses kurus. Selain itu, senaman juga boleh buatkan kita kurang lapar atau kurang craving!

7. Lengkapkan nutrisi dengan bantuan supplement

Apabila kita ber'diet', ramai juga antara kita tak dapatkan nutrisi penting sehari-hari.
Keperluan makronutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak mungkin cukup. Tapi, adakah mikronutrien kita mencukupi? Mineral dan vitamin penting terkadang kurang atau hilang dari hidangan kita.
Jadi, boleh cukupkan dengan supplement Shaklee dengan set FBM.





Apa itu FBM?

FBM adalah fat burning machine. Dimana kita jadikan badan kita sebagai mesin yang membakar lemak kita sendiri. FBM adalah cara pemakanan yang boleh kita amalkan untuk kurus dan sihat.

Jika anda berminat untuk kurus dengan cepat, bolehlah sertai team FBM. Bukan saja dapat kurus, tapi kesihatan pun lebih baik.
Boleh hubungi saya untuk saya bantu anda dapatkan berat badan ideal anda.

Sue Khalid
Konsultan Kesihatan Anda

No comments:

Post a Comment

Raya 2023 Ramai Batuk Selsema?

Assalamualaikum semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri! Pejam celik pejam celik, dah masuk Syawal ke-10 dah hari ni.  Macam mana sambutan raya ...