Thursday, April 27, 2023

Peluang Raih Wang Tunai RM600 Insentif Shaklee Malaysia

Wow, RM 600 siapa nak bagi?

Bonus raya dari kerajaan pun kurang dari tu kan?

Haaa, sekarang, Shaklee tengah buka peluang untuk kita semua, ahli baru ataupun ahli lama Shaklee ni, untuk dapatkan duit extra ni!

Seronok kan?





Saya dah lama pasang angan-angan nak beli air fryer! Tapi apakan daya, duit yang dapat setiap bulan tu memang cukup-cukup je untuk keperluan bulanan. Air fryer tu masih kemahuan, bukan keperluan. Korang pun macam tu ke..?

Hmm, kalau dapat RM600 ni, mesti hati riang gembira dapat beli barang yang dah lama nak beli!

Ah senangnya dalam hati, boleh beristri dua! Eh, silap... Dapat beli barang idaman! Tu lagu P. Ramlee tu kan? Takde kena mengena dengan diriku, dirimu atau dirinya. Hehe.




Kalau korang, korang nak buat apa dengan RM 600 tu?

Hadiahkan mak kerusi urut?

Hadiahkan katil baru untuk anak?

Beli 2, 3 lagi beg tangan baru?

Ataupun, nak tambah simpanan tabung haji?

Tambah simpanan emas?

Uiii bestnyaa kan?


Jom la saya ceritakan sikit sebanyak, macam mana korang boleh dapat duit insentif Shaklee ni.

 

Okay, kita mulakan dengan pengenalan bisnes Shaklee dulu.

Shaklee ni bisnes MLM tau, multi-level marketing.

So, dia ada beberapa level leadership yang kita boleh achieve atas usaha kita.

Dan kita boleh dapat sedikit percentage dari jualan anak team kita.

Tapi hanya jika kita juga ada buat jualan sendiri. Aipp bukan goyang kaki makan duit anak team ye!



Haa, ni ranking dalam bisnes Shaklee.

 

Jadi, syarat pertama untuk layak dapat insentif ni, korang kena naik rank pertama iaitu Supervisor.

Macam mana tu? Daftar sebagai ahli Shaklee, kemudian, mula dapatkan ahli perniagaan dan ahli makan Shaklee korang.

Ye la kan, ada orang nak makan supplement je, tapi taknak bisnes. Jangan risau, ahli makan pun menyumbang kepada jualan korang juga.

Kalau ada yang nak bisnes sama-sama, rebut peluang tu untuk bina team korang sendiri.

Dari situ, bila team korang dapat capai jualan RM10,000 hujung bulan nanti, korang akan naik rank pertama, Supervisor tadi tu.

 

Jadi, keyword di sini: mula bina team dan bisnes anda.


Ini team bisnes kami! 



Okay, faham kan setakat ni?

 

Syarat seterusnya, korang kena pastikan, korang maintain pada ranking tersebut selama 3 bulan berturut-turut. Contohnya, korang rank up pada Mei 2023, jadi korang kena lah berada di ranking Supervisor juga pada Jun dan Julai 2023.

Jadi, korang akan layak dapat insentif ni pada bulan Ogos!

Tapi, kalau bulan Jun baru rank up, pun boleh.

Kena pastikan Julai dan Ogos korang tetap di ranking yang sama.

 

Keyword di sini pula: kekalkan momentum bisnes team pada bulan-bulan tersebut.


Step untuk dapatkan momentum bisnes


Okay, syarat seterusnya?

Dah, itu je syaratnya. Haha.

 

Sebenarnya, bila korang dah capai rank Supervisor, bonus bulanan korang dah pun capai 4 angka.

Tapi, bila buat challenge ni, korang akan dapat extra RM600 tu. Extra gaisss, extraaa..!

Nak beli apa tadi? Ingat tak?


Lebih kurang macam ni la duit yang akan masuk akaun korang nanti!


Haa..Rasa macam mana sekarang? Boleh buat kan?

InsyaAllah, kalau korang ada matlamat jelas, dan kemahuan yang kuat, korang pasti akan berjaya capai impian korang.

 

Dan semestinya, bila korang dah berjaya raih insentif ni, korang akan teruskan bisnes ini sampai lah ke ranking-ranking yang tertinggi.

 

Jangan tak tahu, bisnes ni, korang boleh wariskan kepada anak-anak korang.

Sekali anak-anak kenal Shaklee, diorang mesti takkan lupakan.

Mana taknya, baru semalam anak saya tengok simbol perodua kat buku servis, tapi dikatanya "ni Shaklee kan Ibu?", celoteh anakku yang nak masuk 3 tahun tu.

 

Bila maknya slow bisnes, anak-anak pun tanya, Ibu nape dah tak buat Shaklee..?

Kalau habis vitamin diorang, mesti akan bising, bila Ibu nak beli gummies tu.

 

Haaa, korang kena percaya, once Shaklee product dah masuk rumah, semua akan sayang dan suka! InsyaAllah.


Logo Shaklee yang anak saya maksudkan

Banyaknya celoteh kita pun.

Korang boleh la daftar ahli kat sini tau.

Nanti akan masuk bawah team saya, team Afeya Wellness.

 

Ada yang korang masih tak faham?

Boleeeh, saya boleh terangkan dalam Whatsapp.

 

Apa yang penting, kalau korang betul-betul nak mulakan bisnes, pastikan matlamat korang jelas. Barulah bisnes korang mampu bertahan lama, walau apa pun yang terjadi.

 

Dah ready nak sambar insentif Shaklee ni?

Joooom!



SueKhalid

Konsultan Kesihatan Anda

Shaklee Malaysia

Afeya Wellness

Selangor



No comments:

Post a Comment

Raya 2023 Ramai Batuk Selsema?

Assalamualaikum semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri! Pejam celik pejam celik, dah masuk Syawal ke-10 dah hari ni.  Macam mana sambutan raya ...