Monday, May 1, 2023

Raya 2023 Ramai Batuk Selsema?

Assalamualaikum semua!

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Pejam celik pejam celik, dah masuk Syawal ke-10 dah hari ni. 
Macam mana sambutan raya korang tahun ni?
Mesti seronok kan, sebab cuti panjang! Alhamdulillah, jangan lupa ucapkan syukur pada Allah.


Nak bergambar satu keluarga penuh perjuangan!


Ramainya batuk selesema!


Minggu terakhir puasa hari tu, saya banyak isi slot locum di klinik sekitar rumah. Hampir 90% pesakit datang dengan simptom demam dan batuk selesema. Kes COVID dan Influenza pun makin rancak meningkat sejak akhir-akhir ni. Risau bila masuk musim raya, kes semakin menjadi-jadi. 

Tapi setakat ni, nampaknya kes pun masih terkawal. Pesakit-pesakit yang datang lepas raya pun kebanyakannya demam batuk dan selsema biasa saja,  belum lagi yang positive COVID/influenza setakat yang saya jumpa. Mungkin dah buat self-test di rumah agaknya.

Tapi rasa risau saja tak cukup kan? Perlu diiringi dengan usaha.

Jadi, saya nak kongsikan cara-cara mengelakkan penyakit berjangkit berleluasa.


1. Kurangkan masa di kawasan sesak

Musim raya ni banyak orang buat rumah terbuka kan. Mesti ramai sanak saudara dan sahabat handai datang menghadiri majlis rumah terbuka tu. Mungkin ada di antara yang hadir baru ada tanda-tanda batuk atau selsema. Jadi, cuba kurangkan masa anda di majlis-majlis berkenaan. 


2. Pakai topeng muka

Kalau awak bergejala batuk atau selsema, pastikan awak pakai pelitup muka bila menziarahi sanak saudara. Tak perlu bersalaman cium pipi bagi mengelakkan jangkitan. Mereka mesti faham, sebab kita kan dah belajar dari zaman COVID dulu. 


Image dari Google



3. Amalkan etika batuk

Etika batuk ni kadang-kadang kita lupa nak pesan atau ajar kepada anak-anak kita. 

Tutup mulut dengan sapu tangan, atau dengan lipatan siku semasa bersin mampu kurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit. 



Sumber: KKM/ JKN Selangor


4. Amalkan vitamin imuniti

Antara vitamin yang penting untuk sokong sistem imun kita antaranya vitamin C, vitamin D, zinc dan omega-3. Jika anda mampu dapatkan dari sumber makanan, lebih bagus. Tetapi, kerana sumber makanan kita pun kurang zat dek kerana tanah yang tercemar, penggunaan baja kimia dan racun serangga, saya galakkan anda ambil supplement. 




Untuk saya dan suami, kami pilih Sustained Release Vitamin C. 

Dari ekstrak jagung, yang lembut pada perut. Ditambah pula dengan teknologi sustained release, yakni pelepasan vitamin C secara berperingkat sebanyak 100mg setiap jam. 




Untuk anak-anak pula, Hero Kiddo jadi pilihan. Lengkap dengan Vitamin C, Vitamin D, zink dan ekstrak Elderberry, gabungan hebat untuk kuatkan imuniti anak kita. Hero kiddo ni gummies berperisa ceri, memang anak- anak suka! Jangan risau, tiada gula tambahan, jadi selamat untuk gigi anak kita. 





Lepas raya ni, anak-anak pun dah nak mula sekolah balik kan? Kesihatan terjaga sepanjang musim perayaan ni sangat penting untuk anak- anak dapat hadir ke sekolah dengan sihat dan gembira!


Gabungan Hero Kiddo dan Vita-lea or Children untuk anak sekolah


Tambah Nutriferon untuk perlindungan lebih

Vitamin anak-anak ni memang digemari ramai tau.

Antara promosi bulan Mei ni, boleh dapat HeroKiddo dengan harga murah. 

Ramai ibu-ibu dah cuba untuk anak-anak mereka, kesan pun best!





Jadi, jom lah berhari raya dengan Shaklee!

Raya kan sebulan? Hihi.

Nak dapatkan promosi HeroKiddo ataupun Vitamin C? Klik sini untuk whatsapp saya.

2 comments:

  1. Sama la risau juga sekeliling duk sok sek soksek, terpaksa lah bagi nutriferon setiap hari haaa. Poket nipis pun takpelah janji anak sihat huhu

    ReplyDelete
  2. Dalam sibuk beraya, kena tengok juga anak-anak ada simptom selesema ke batuk ke. Bimbang berjangkit satu keluarga pulak. Eloklah kita ambil langkah berjaga-jaga kan. Supplemen untuk kuatkan sistem imun jangan tinggal.

    ReplyDelete

Raya 2023 Ramai Batuk Selsema?

Assalamualaikum semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri! Pejam celik pejam celik, dah masuk Syawal ke-10 dah hari ni.  Macam mana sambutan raya ...